Monday, April 26, 2010
Tuesday, April 13, 2010
Rahsia T-Shirt



Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.
Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.
Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.
Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.
Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.
Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.
Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.
Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu
Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.
Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.
Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.
Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah
Posted by mawie at 4:06 PM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu
Erti sebuah cinta..

CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?
tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Posted by mawie at 3:26 PM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu
Spesis-spesis bantal terancam
1. Bantal Napbook - Dikeluarkan khas untuk blogger sejati yang komited menambah post tak kira dimana dan bila2 masa sahaja....
2. Bantal Iboop - Yang ni unik sikit kerana selain dari kegebuan dan keanjalannya terdapat juga fungsi tambahan seperti speaker dan pemain MP3... Cukup menenangkan fikiran.
3. Bantal Social Network - Khas untuk kaki social network yang tegar. Klau tak kenal logo2 ni memang kena belajar lagi lah.

4. Bantal Kayu - Yang ni boleh bawak tido. Konfirm lembut.
5. Bantal Nintendo Wii - Untuk Hardcore fan konsol ni. Lagi syok main libas2 pakai ni.
6. Bantal Kondom? - tak tahu lah ape tujuan dikeluarkan bantal ni. Sendiri mau ingat ha...
7. Bantal Floppy - Memang comel bantal ni. Boleh mengimbau kenangan zaman mula kenal komputer dulu..... Budak2 skarang kenal lagi ke floppy disk ni ape?
Posted by mawie at 2:48 PM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu
Monday, April 5, 2010
Ilmu Hisab Intenet


Pening kepala aku nak faham formula2 ni. Dulu masa skolah waktu matematik aku tido je. Sekarang dah menyesal sangat tak leh faham ni
Tolong................
Posted by mawie at 12:25 PM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu
Tuesday, March 30, 2010
Mari membaca..


Salam...
Yes, kembali lg kte di blog aku ni.Ape yang korang buat untuk memulakna pagi hari korang? Maybe ada yg rajin keje terus masuk opis, ada antar anak g skolah dulu, ada yg lapar g 'ngeteh' bru masuk keje n mcm2 lg.Mcm aku pas masuk opis je msti baca paper(surat kobar) dulu sbelum wat ape2, x kiralah paper ori ataupun secara online. Dah jd tabiat nak tau berita terkini,sesasi n gosip2 terbaru.Cewah!X nak jadi katak bwh steamroll.....
Klau korang pulak ape yg korang suka baca?Surat khabar?majalah?novel?komik?kitab agama atau ebook camana nak wat duit berbilion-lion rupiah?Masing2 punya citarasalah.Yg penting kte dpt mcm2 maklumat klau rajin membaca kan?Bunyi cam menteri penerangan Mexico plak aku ckp ni.
Masa zaman student dulu aku punya 'kitab' untuk bahan rujukan x lain adalah http://en.wikipedia.org. Mcm2 maklumat ada dlm tu.Nak dgn x nak je carik.Time malas tu "copy n paste' member punye gak.heheheheh.
Skarang ni ada student kat UK yg terlampau rajin telah print out pages2 dlm wikipedia ni dan hasilnye WAULHAWEH....... Tu baru 0.1% dari suma maklumat dlm tu..Klau print suma x taulah barape page.Aku nak sgt berterima kasih pada org yg cipta intenet ni.X payahlah aku nak pikul maklumat mcm ni kesana-sini...........
Posted by mawie at 11:50 AM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu
Wednesday, March 24, 2010
Ayam Tambatan........

Peribahasa 'ayam tambatan' bermaksud orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan. Kalau dalam sukan memang orang ni lah yang handal sekali, digeruni lawan & dapat bayaran lebih kot? Bunyi nye memang hebat sangat orang macam ni. Peribahasa ini selalu kita dengar dalam sukan bolasepak. Tiap-tiap team mesti ada sorang yang spesis ni.
Tapi team ni pelik sikit sebab 'ayam' nye tidak 'ditambat' tapi masih dapat beraksi dengan baik......
Posted by mawie at 2:40 PM 0 comments
Labels: Kongsi Ilmu






