BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Kereta Impianku

BMW 5 Series, idaman ramai orang. Aku penah naik sekali je kereta ni tumpang member punya. Dia buat bisnes MLM full time sampai boleh beli kereta ni. Untuk aku mampu beli kereta ni memang jauh lagi lah. Setakat makan gaji mana mampu beb. Lainlah orang tua aku ada jumpa telaga minyak kat belakang rumah...... Tapi yang ada cuma perigi buta je. Maka kereta ni berada di Top List 'dalam mimpi je' aku.
Sejak aku mula start keje makan gaji memang kereta ni lah yang selalu aku idam2 kan. Myvi se ni memang cun untuk orang muda cam aku ni. Tiap2 hari berulang alik pergi kerja di Temerloh naik motor terbakar gak rasa hati tengok budak2 baru abis sekolah bawak kereta ni. Berlagak sungguh.... Yelah mak bapak diaorang mampu beri. Setakat gaji aku nak bayar kereta ni RM 600++ sebulan parah jugak. Maka pendam aje lah dalam hati. So kereta ni no. 2 dlm list 'dalam mimpi je' aku.
Dah masuk 3 tahun kerja tapi masih bawak motor lagi....... Pedih dah telinga orang perli. Mulalah pasang hajat nak beli kereta Saga BLM ni. Harga pun boleh tahan jugak. Maka dengan konfident nye aku pergi Proton Edar nak tempah kereta ni. Kira2 dengan salesman gaji aku dah ok, layak dah beli ni. Maka berbunga-bunga lah hatiku ini menuggu saat memiliki kereta sendiri. Tapi malang tak berbau. Bank reject aku punya loan pasal keje kat company swasta kecik je, pastu mcm2 lagi lah alasannye....... Maka selamat tinggal Saga BLM. Jadi no. 3 dlm list 'dalam mimpi je' aku.

Hujung tahun 2008 aku kenal sorang member leh tolong setelkan problem ni. Dia salesman kereta kat Cheras a.k.a orang bank. So dia leh tolong aku dapatkan kereta tahun tu jugak. Bila tgk2 gaji aku yang layaknye kereta Perodua Viva je... Aku nak Myvi.. Tapi dah tu je yang layak untuk aku. So hantam sajalah.. Dah lama sabar nak pakai kereta ni akhirnya ni jugak yang dapat. Dah rezeki aku kena redha lah. Nak jadi kan cerita tak lama lepas pakai kereta ni terus dapat keje gomen, dapat awek baru yg tak lama lagi jadi isteri. Baru aku sedar yang tiap2 yang berlaku tu ada hikmahnye. Syukur sangat2 dengan apa yang ada. Untuk makluman kereta pertama aku ni nama dia papasincan. Klau jumpa kat jalan hon lah ye........

Wednesday, April 21, 2010

Tak Sabar Nak Kawin

Kalau kira hari ni tinggal 6 minggu je lagi untuk aku tamatkan zaman teruna ni.Insyallah bulan 6 ni dah jadi laki orang, kiranya dah matang & bertanggungjawab. Itulah harapan orang tua.

Ramai member2 aku yang akan hilang teruna jugak bulan 6 ni.Macam dah berjanji pulak. Dah kenduri serentak tak dapatlah aku pergi rumah kawan2 aku tu. Nak buat macam mana.... dah sampai seru. Maka masing2 akan berusaha keras untuk jadi bapak dulu lah ye?

Itu semua rezeki dari tuhan. Orang kata kawin tu best.Ada pulak yang takut nak kawin sebab pada dia kawin tu tak best. Terpulanglah pada masing2. Yang penting aku leh hidup bahagia dengan orang yang aku sayang & hidup akan jadi lebih bermakna....

Bagi korang yang nak nikah jugak tak lama lagi diucapkan selamat pengantin baru dan kekal sampai akhir hayat.



Tuesday, April 6, 2010

Ofline sekejap


Salam kawan2 suma.... ari ni last aku membloggingkan diri ku uuntuk minngu ni coz kena g kursus kat Kauntan lah. Minggu depan baru leh sambung semula..

Nantikan cerita2 panas dan melampau yang akan disiarkan nanti. Chow dulu 

Thursday, April 1, 2010

1 April Hari Mengantuk


Huahhhhhhhh.....ngantuknye aku pagi nih. Malam tadi berjaga tengok bola Arsenal lwn Barcelona. Memang best giler lah game malam tadi. Ingatkan lepas kena 2-0 Arsenal dah bungkus tapi nasib baik diaorang balas balik jadi 2-2. Kalau tak mesti pedih telinga aku kena kutuk kaw-kaw dengan housemate aku. Ape2 pun aku akan tetap tabah meneruskan perjalanan hidup untuk hari ni walaupun diriku diselubungi 'kemengantukan' yang amat sangat..... Selamat bekerja.

Tuesday, March 30, 2010

Car Wash


Adoi... sedih btol hati tgk keta kesayangan kotor berdebu cam baru balik race 'Rally Dakkar'. Balik CH dari kampung di Tmeloh saja je nak try jalan baru dari Sg. Koyan, Raub. Konvoi beb dgn member sebab x tau jalan. Boring giler jalan tu sebab x bnyak keta lalu lg. Smpai satu tempat tu jalan x siap lg lah..... Baru pas sodok, berdebu giler.Klau ujan konfirm lekat situ je lah keta viva aku tu. Harap2 lah ptg ni x ujan lg, leh g antar keta g cuci. Klau keta comot mana ada makwe nak tumpang beb....

Tuesday, March 23, 2010

Aku suka main............


Salam semua....
Boring Boring Boring... tu aje yang dapat aku rasa tiap kali pas waktu keje. X tau nak wat ape dah.Nak g bersukan ari ujan pulak, leh beku dek kesejukan.Biasanye klau kat umah org tua aku leh ngadap pc main game dari maghrib smpai ke dinihari.Memang giler game tahap dewa dah.Asal ada game baru kuar mesti berambat g kedai jual game punye.Aku x tau dah brepe juta(rupiah) duit dah berabis upgrade pc.Memang giler lah tabiat aku ni.Klau yang sama spesis cam aku ni mesti faham.Sanggup pakai baju buruk asal asalkan komputer kesayangan power giler.Samalah dengan sahabat2 kte yang giler motor n keta tu.... Yang penting hati puas ye?
Tapi skarang ni dah kurang sket giler tu sebab :
1) Kat umah bujang aku x ada ruang nak letak PC. So x dpt main game.
2) X lama lagi nak nikah dah. Banyak tanggungjawab kat family.(ada aktiviti lain yg leh dibuat).............hehehehehe
Tunggu citer selanjutnye.......chilll

Monday, March 22, 2010

Sejuk ke bang?


Salam semua..
Dah dekat setahun aku lepak kat Cameron Highlands ni. Sejak dpt keje baru ni(gomen).Boleh kata tiap2 hari aku holiday n honeymoon kat sini (cuma bini je x ada lagi).Klau balik kg msti ramai yang tanye sejuk ke kat sana? best ke? kenapa x bawak sayur2 untuk makcik? dsb.....
Lama2 malas aku nak jwb. Yang aku tau mula2 kena lepak antar kat sini memang tiap2 ari rasa nak blah je sbab x biasa dgn kesejukan n keboringan tahap dewa kat sini.Maklumlah bujang lagi.Klau ada bini tu lain sket citer nye. Heheheheheh.
Skarang ni dah rasa bleh tahan gak duk kat sini.sikit ari lg mesti rasa x nak turun dah kot?bnyak lg citer pasal hidup kat tmpat tinggi n sejuk nih.. Tunggu post yg akan dtg..
Chillll bro..

Salam dariku


Aslamualaikum..,kabare, sawadikap..

Yes.. akhirnye aku terjebak gak dlm kancah blog ni. Puas dah mengelak tapi akhirnye terjebak gak. So tunggulah post aku yg akan dtg yg pastinye lebih pedas, menyengat dan mencerna kepala otak semua..
Bye dulu..