BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 23, 2010

Surat Cinta Rockers..



Salam geng.... lama dah aku x menulis ni. Maklumlah bulan lepas asyik kena kursus sana-sini smpai x ada masa nak menulis. Awal bulan 6 ni pulak aku menikah, lagilah 'sibuk' dengan macam2 urusan.
Sebagai mukadimah aku nak kongsi satu surat dari seorang 'rockers' sejati kepada awek beliau. Aku dapat dari emali yang member aku antar. Senang cerita korang layan je lah surat beliau ni.



Salam,


Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Tuesday, May 4, 2010

Idea Bisnes Bodoh Buat Orang Jadi Kaya


Million Dollar Homepage
Ada 1 juta pixel dan kenakan bayaran 1 dollar per pixel. Idea paling bodoh untuk perniagaan online tetapi Alex Tew, budak umur 21 tahun tuan punya idea bodoh ni dah jadi jutawan pun.
SantaMail
Macam mana idea ni leh jadi? Mula2 dapatkan alamat surat menyurat di kutub utara di Alaska tu. Lepas tu menyamar jadi Santa Claus dan kenakan bayaran $10 kepada mak bapak untuk tiap2 surat yang 'Santa Claus' ni hantar kepada anak2 mereka. Menarik tu, jadi Byron Reese telah menghantar lebih 200,000 surat ini sejak memulakan bisnes ni pada 2001. 'Santa Claus' palsu ni dah jadi jutawan lah sekarang ni......hadoi.

Doogles
Cipta google untuk anjing dan cuba jual secara online? Pelik & mengarut betul idea bisnes ni. Kalau buat proposal bisnes memang kena gelak lah. Yang peliknya diaorang dah jadi jutawan pun buat bisnes ni dan adah ada kedai di serata dunia jual googel untuk anjing. Ye jugak.. ada berapa ratus juta anjing dalam dunia ni? Jual murah2 pun leh untung lagi..



AntennaBalls
Mengarut betul idea jual bola kecik yang dipasang kat antena kereta tu. Bukan ada fungsi apa2 pun cuma nak melawa je. Tak mungkin korang boleh kaya jual benda ni. Tapi ini lah yang sebenarnya dibuat oleh Jason Wall dan sekarang dah jadi jutawan pun.......... menyampah!


Fitdeck
Cipta dek kad yang menampilkan rutin senaman, kemudian jual pula di internet dengan harga $18.50. Pada aku ini satu lagi idea gila. Tetapi bagi Phil Black, seorang bekas Navy Seal dan jurulatih kecergasan a.k.a pemilik idea gila ni dilaporkan medapat income berjumlah $4.7 juta tahun lepas!! Memang gila. Kalah gaji masa jadi askar dulu.


Positivesdating.com
Adakah anda sanggup keluar date dengan seorang yang positive HIV? Paul Graves & Brandon Koechlin rasa mesti ada orang sanggup, jadi mereka membuka website khas untuk mereka yang sanggup berdating dengan pesakit HIV pada tahun lepas. Pada tahun pertama hasil yang diperolehi mencecah $110,000 dan menjangka mendapat 50,000 ahli pada tahun ini.





PickyDomains
Sanggup mengupah seseorang untuk memilih nama domain yang sesuai untuk korang? Mana ada orang nak bayar khidmat macam ni. Sebenarnya memilih nama domain untuk orang lain merupakan bisnes yang sedang berkembang, terutamanya semua prosesnya bebas risiko. PickyDomains sekarang ini mempunyai senarai menunggu mereka yang sanggup MEMBAYAR untuk khidmat mendapatkan nama domain yang best & mudah diingati. Tahun ini PickyDomains mampu mendapat pendapatan kasar 6 angka.........

Apa jua idea bisnes yang korang ada kalau dibuat bersungguh-sungguh pasti akan dapat hasil. Pedulikan apa yang orang lain kata ....... lanyak je.

Friday, April 30, 2010

Kisah Semut Kemut




Salam kawan2. Hari ni aku ada 1 cerita nak kongsi dengan korang. Ada member hantar email cerita ni kat aku,
so tanpa berlengah lagi aku nak kongsi dengan korang semua... enjoy

Limah atau nama singkatannya Mah baru saja berumahtangga dgn suaminya Seman atas dasar pilihan keluarganya dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman sengau orangnya, Mah tak kisah malah mereka begitu bahagia dan tiada sebarang masalah yang terlalu besar sama ada dari segi komunikasi, nafkah zahir atau pun batin. Cuma ada kalanya Limah tak dapat nak memahami apa yang suaminya cuba nak bagitau.

Pada suatu malam Jumaat, mereka berdua bersetuju untuk membuka 'kaunter pembayaran nafkah batin'. Kali ini Seman agak letih sedikit disebabkan pada siangnya tadi dia pula toreh getah sampai 10 ekar. Maka seman tidak mahu bekerja keras untuk sesi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk berperanan sebagai 'orang bawahan' sahaja. Setelah tiba waktu yang sesuai, Seman pun berbaring terlentang dan 'transaksi pembayaran' pun bermula.

Nak dijadikan cerita, dalam masa urusan tersebut seekor semut api telah jatuh dari siling ke atas katil dan merayaplah sehingga terjumpa dengan dua buah 'batu lembut' kepunyaan Seman. Oleh kerana pada masa itu semut tersebut mendapati 'batu-batu' tersebut seperti hendak melompat-lompat bagaikan nak menindihnya maka semut api tersebut terpaksa mempertahankan diri dengan menyepit sekuat hatinya 'batu lembut' tersebut..

Seman yang dari tadinya sedang asyik "hedap..hedap. ." tiba-tiba terkejut dan merasa sakit lalu bersuara dgn agak kuat sedikit..

Haduh Mah..hemut.. hemut..hemut. ." kata Seman.


"Dah kemut ni bang" jawab Limah.


"Hemut... hemut...hemut. .. higit helur hahu " sambung Seman yang cuba cabut anunya. Tapi masih dihalang oleh Limah.


"Dah kemut dan gigit kuat dah ni bang. Nak kemut dan gigit macam mana lagi" sambung Limah lagi dalam nada merenggek berahi.


"Laaa Mah... haduhhhh.... hemut higit hagi huat" celah Seman.


"Bang.. tengah kemutlah ni..nak gigit kuat camna lagi... Dah habis gigit dah ni..." sampuk Limah.


"Iskh...iskh. . .ishk.. hak haham la Mah ni. Hahu hata hemut hat helur
hahu. Haku nak habut hulu" balas Seman.


"Masa ni mana boleh cabut bulu bang, kok ya pun tunggu la selesai dulu baru cabut bang" balas Limah yang hampir kecewa kerana ganguan tersebut.

"hukan.. hemut higit hat helur hahu..."

"mana boleh sampai telur-telur pun masuk bang..ni dah habis dalam dah ni.."

Limah yang dari tadi sedang asik menerima bayaran rasa sedikit terganggu dengan kerenah Seman tidak berapa nak peduli dan tidak mahu berhenti kerana dia merasakan masa untuknya menutup kaunter sudah hampir tiba.....

Limah semakin laju membuat 'kira-kira' sedangkan seman dibawah terkulat-kulat terpaksa memberi bayaran dalam antara sedap dan sakit. Si semut ni pulak bila keadaan semakin tak menentu kerana gegaran gampa bumi yang semakin menjadi-menjadi, dia pun mempertingkatkan kuasa dalamannya untuk menggandakan serangan keatas 'batu-batu' yg mengancam keselamatannya. .

"Haduh Mah... hakit.. hedap..hakit mah.. hemut hat helur hahu mah.. hemut hakin huat mah hat helur hahu.." seman sendiri dah tak tau macam mana nak bagitau Limah.. sedap
ada..sakit pun ada..

Limah yang merasakan sudah tiba waktunya untuk dia menutup kaunter, terus menggandakan kuasa dalamannya untuk membuat 'kira-kira' dengan laju sekali begitu
juga si semut tadi semakin kuat goncangan 'gempa bumi', maka semakin kuatlah dia menggandakan serangan.. keadaan berlanjutan lebih kurang 2 minit seterusnya dan dalam masa itulah si Seman tak habis-habis bising..

"aaaa...hedap. ."
bila semut api tu ketip kuat...
"aaaaduuuhh. . hakitt....hemut higit helur hahu.."

Begitulah nasib Seman.. Limah sudah tak memperdulikannya lagi.. dia meneruskan 'kira-kira' diatas 'bayaran' yang diberikan Seman sehinggalah selesai 'sesi pembayaran'.

Apabila kedua-duanya berpuas hati dengan 'transaksi pembayaran' tadi Seman pun
cepat - cepat bingkas bangun lalu mencapai lampu picit dan menyuluh kearah
tempat yang kena gigit semut api tadi.

"tu hemut hat helur hahu tu.."

"apa ni bang.. kan dah sudah dah.. dah cabut pun.. takkan gatal nak
mintak kemut lagi..?

Seman malas nak betekak lalu dia pun mengambil semut api tadi dan tunjukkan kepada isterinya..

Laaaaaaaa... semut!... Ingatkan apa tadi... patutlah meracau tak tentu pasal pun... selalunya tak macamni... iskh.... iskh... iskh... semut oh semut... kenapalah kau jadi begini" kata Limah lalu mambuang semut tadi sambil ketawa.

ok ke camni?

Monday, April 26, 2010

Promosi Mouse Baru





Jenis2 mouse yang terhad di pasaran. Kalau korang jumpa memang bertuah lah..

Friday, April 23, 2010

Kereta Impianku

BMW 5 Series, idaman ramai orang. Aku penah naik sekali je kereta ni tumpang member punya. Dia buat bisnes MLM full time sampai boleh beli kereta ni. Untuk aku mampu beli kereta ni memang jauh lagi lah. Setakat makan gaji mana mampu beb. Lainlah orang tua aku ada jumpa telaga minyak kat belakang rumah...... Tapi yang ada cuma perigi buta je. Maka kereta ni berada di Top List 'dalam mimpi je' aku.
Sejak aku mula start keje makan gaji memang kereta ni lah yang selalu aku idam2 kan. Myvi se ni memang cun untuk orang muda cam aku ni. Tiap2 hari berulang alik pergi kerja di Temerloh naik motor terbakar gak rasa hati tengok budak2 baru abis sekolah bawak kereta ni. Berlagak sungguh.... Yelah mak bapak diaorang mampu beri. Setakat gaji aku nak bayar kereta ni RM 600++ sebulan parah jugak. Maka pendam aje lah dalam hati. So kereta ni no. 2 dlm list 'dalam mimpi je' aku.
Dah masuk 3 tahun kerja tapi masih bawak motor lagi....... Pedih dah telinga orang perli. Mulalah pasang hajat nak beli kereta Saga BLM ni. Harga pun boleh tahan jugak. Maka dengan konfident nye aku pergi Proton Edar nak tempah kereta ni. Kira2 dengan salesman gaji aku dah ok, layak dah beli ni. Maka berbunga-bunga lah hatiku ini menuggu saat memiliki kereta sendiri. Tapi malang tak berbau. Bank reject aku punya loan pasal keje kat company swasta kecik je, pastu mcm2 lagi lah alasannye....... Maka selamat tinggal Saga BLM. Jadi no. 3 dlm list 'dalam mimpi je' aku.

Hujung tahun 2008 aku kenal sorang member leh tolong setelkan problem ni. Dia salesman kereta kat Cheras a.k.a orang bank. So dia leh tolong aku dapatkan kereta tahun tu jugak. Bila tgk2 gaji aku yang layaknye kereta Perodua Viva je... Aku nak Myvi.. Tapi dah tu je yang layak untuk aku. So hantam sajalah.. Dah lama sabar nak pakai kereta ni akhirnya ni jugak yang dapat. Dah rezeki aku kena redha lah. Nak jadi kan cerita tak lama lepas pakai kereta ni terus dapat keje gomen, dapat awek baru yg tak lama lagi jadi isteri. Baru aku sedar yang tiap2 yang berlaku tu ada hikmahnye. Syukur sangat2 dengan apa yang ada. Untuk makluman kereta pertama aku ni nama dia papasincan. Klau jumpa kat jalan hon lah ye........

Wednesday, April 21, 2010

Jom ambil lesen

Kalau korang amalkan undang2 jalan raya macam ni memang korang saja cari nahas. Sendiri mau ingat.

Tak Sabar Nak Kawin

Kalau kira hari ni tinggal 6 minggu je lagi untuk aku tamatkan zaman teruna ni.Insyallah bulan 6 ni dah jadi laki orang, kiranya dah matang & bertanggungjawab. Itulah harapan orang tua.

Ramai member2 aku yang akan hilang teruna jugak bulan 6 ni.Macam dah berjanji pulak. Dah kenduri serentak tak dapatlah aku pergi rumah kawan2 aku tu. Nak buat macam mana.... dah sampai seru. Maka masing2 akan berusaha keras untuk jadi bapak dulu lah ye?

Itu semua rezeki dari tuhan. Orang kata kawin tu best.Ada pulak yang takut nak kawin sebab pada dia kawin tu tak best. Terpulanglah pada masing2. Yang penting aku leh hidup bahagia dengan orang yang aku sayang & hidup akan jadi lebih bermakna....

Bagi korang yang nak nikah jugak tak lama lagi diucapkan selamat pengantin baru dan kekal sampai akhir hayat.