BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 23, 2010

Kereta Impianku

BMW 5 Series, idaman ramai orang. Aku penah naik sekali je kereta ni tumpang member punya. Dia buat bisnes MLM full time sampai boleh beli kereta ni. Untuk aku mampu beli kereta ni memang jauh lagi lah. Setakat makan gaji mana mampu beb. Lainlah orang tua aku ada jumpa telaga minyak kat belakang rumah...... Tapi yang ada cuma perigi buta je. Maka kereta ni berada di Top List 'dalam mimpi je' aku.
Sejak aku mula start keje makan gaji memang kereta ni lah yang selalu aku idam2 kan. Myvi se ni memang cun untuk orang muda cam aku ni. Tiap2 hari berulang alik pergi kerja di Temerloh naik motor terbakar gak rasa hati tengok budak2 baru abis sekolah bawak kereta ni. Berlagak sungguh.... Yelah mak bapak diaorang mampu beri. Setakat gaji aku nak bayar kereta ni RM 600++ sebulan parah jugak. Maka pendam aje lah dalam hati. So kereta ni no. 2 dlm list 'dalam mimpi je' aku.
Dah masuk 3 tahun kerja tapi masih bawak motor lagi....... Pedih dah telinga orang perli. Mulalah pasang hajat nak beli kereta Saga BLM ni. Harga pun boleh tahan jugak. Maka dengan konfident nye aku pergi Proton Edar nak tempah kereta ni. Kira2 dengan salesman gaji aku dah ok, layak dah beli ni. Maka berbunga-bunga lah hatiku ini menuggu saat memiliki kereta sendiri. Tapi malang tak berbau. Bank reject aku punya loan pasal keje kat company swasta kecik je, pastu mcm2 lagi lah alasannye....... Maka selamat tinggal Saga BLM. Jadi no. 3 dlm list 'dalam mimpi je' aku.

Hujung tahun 2008 aku kenal sorang member leh tolong setelkan problem ni. Dia salesman kereta kat Cheras a.k.a orang bank. So dia leh tolong aku dapatkan kereta tahun tu jugak. Bila tgk2 gaji aku yang layaknye kereta Perodua Viva je... Aku nak Myvi.. Tapi dah tu je yang layak untuk aku. So hantam sajalah.. Dah lama sabar nak pakai kereta ni akhirnya ni jugak yang dapat. Dah rezeki aku kena redha lah. Nak jadi kan cerita tak lama lepas pakai kereta ni terus dapat keje gomen, dapat awek baru yg tak lama lagi jadi isteri. Baru aku sedar yang tiap2 yang berlaku tu ada hikmahnye. Syukur sangat2 dengan apa yang ada. Untuk makluman kereta pertama aku ni nama dia papasincan. Klau jumpa kat jalan hon lah ye........

0 comments: