BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

Petua Jika Diserang Zombie?

Kampung kite udah diserang dek zombie.!!!! hek eh (kata awie dlm filem zombi kg. pisang)

Zombie a.k.a mayat hidup. Setakat ini makhluk ni hanyalah fantasi dalam cerita2 wayang je. Antara jenis filem yang aku tak akan miss tonton. Part yang paling best bila tengok kepala zombi tu berkecai kena tembak dengan senapang gajah. Koranng tak takut ke klau zombi ni betol2 wujud dan cuba nak makan otak korang? Ape yang patut korang buat? Pandai2 lah ye.... Cuma yang boleh aku share kat sini ialah tempat2 yang korang boleh hindari apabila zombi2 ni menyerang.



1. Hospital.

            Biasanya dalam cerita2 zombi ni bermula dengan ramai orang yang sakit akibat virus atau pun bahan kimia yang kononya kerajaan punya kerja. Maka berbondong-bondong lah orang yang sakit ni datang ke hospital. Tak lama lepas tu masing2 mula lah berubah jadi zombi. Jadi peluang untuk korang selamat di hospital ni amat tipis kerana di sinilah zombi2 ni berkembang biak.Klau setakat nak amik M.C dinasihatkan tak perlulah datang ke hospital2 yang telah dikawal makhluk2 zombi ni. Elok2 datang normal keluar hospital udah jadi zombi pulak……..



2. Pusat Beli-Belah

            Ramai orang anggap menyorok kat sini boleh selamat sebab banyak bekalan makanan dan ubatan kat sini.Korang silap besar. Bila dah ramai sangat orang kat sini nanti haru-biru jadinye. Semua orang berebut makanan dan jenuh tunggu giliran nak guna toilet. Sambil tu geng2 zombi ni tak jemu2 ketuk pintu kaca kat situ sampai lah pecah dan terus menyerbu masuk nak tokak kepala korang. Masa ni lah paling sesuai korang ‘belah’ pergi tempat lain.




3.      Dalam trafic jam.

Petua yang paling penting sekali menghadapi masalah zombi ni adalah jangan sesekali biarkan diri korang dikepung zombi2 ni, kalau berlaku alamatnya arwahlah korang. Biasanya para zombi2 ni agak ‘slow’ pergerakannya dan korang boleh lari dengan mudah tapi kalau kena kepung jugak memang korang saja cari nahas. Mungkin korang ingat dengan duduk diam je dalam kereta tu boleh menyelamatkan nyawa, tapi awas….. zombi2 ni tetap boleh bau korang terutamanya bau ketiak yang hangit akibat terperap dalam kereta. Sebelum korang terperangkap dalam trafic jam macam ni baik korang ‘blah’ dulu.




4. Dalam konsert

            Akhir sekali tempat yang paling korang patut jauhi. Selain boleh menambahkan dosa korang, berada di konsert apabila serangan zombie amatlah merbahaya kerana korang tidak akan sedar dikalangan penonton konsert itu ramai yang telah bertukar menjadi zombi. Dah tentu korang tak dapat membezakan antara jeritan penonton yang seronok layan lagu atau menjerit kesakitan digigit zombi. Bila2 masa saja korang boleh jadi mangsa seterusnya. Korang juga mudah terkepung dan susah nak cari jalan keluar dari situ.

 

Akhir sekali diharapkan tips2 ini dapat dijadikan panduan menghadapi serangan zombi dalam khayalan dan mimpi ngeri korang semua…………. mawies 2010

0 comments: